Mitos bahawa perpustakaan digital membolehkan pengaksesan dan perkongsian maklumat sejagat
    Pengurus-pengurus IT, pakar-pakar sains maklumat, pakar perunding komputer, para perpustakawan dan juga sarjana-sarjana sebulat suara mengatakan bahawa peralihan maklumat analog digital adalah perkembangan biasa dalam era digital. Dalam persekitaran maklumat digital, ini juga bermakna perpustakaan manual akan digantikan dengan perpustakaan digital kerana perpustakaan tradisional sudah tidak sesuai lagi dengan kehendak zaman dari segi pembangunan ruang fizikal, koleksi dan pengaksesan. Petanda ke arah perpustakaan digital sudah dapat dilihat sejak wujudnya CD-ROM, pangkalan data, sistem 'on-line', OPAC dan Internet pada tahun 1980-an.
 
    Dari perspektif pangkalan data, perpustakaan digital merupakan suatu hasil daripada gabungan banyak pangkalan data yang melibatkan 'composing of manuscripts', 'formatting of pages' dan 'typesetting of books'. Seperti penerbitan cetakan, penerbitan elektronik juga meliputi proses yang berikut: Penerbitan elektronik boleh disifatkan sebagai yang 'scattered, limited but growing'. Ini termasuk Cambridge Scientific, sebuah penerbit yang kecil yang menerbitkan bahan rujukan di bidang 'aquatics, biology, environment and material science'. Menurut pakar lain, sebanyak 50% indeks dan abstrak cuma boleh didapati dalam bentuk elektronik tetapi kurang daripada 25% jurnal sekarang akan diterbitkan secara elektronik menjelang tahun 2000. Yang pasti ialah lebih banyak pangkalan data yang lebih besar akan diterbitkan berbanding dengan indeks dan abstrak yang kini semakin disingkirkan. Setelah diinternetkan, penerbitan elektronik menunjukkan keistimewaan seperti: Menurut McGinty (1997:31) Cambridge Scientific adalah penerbit yang ke-400 ketika melancarkan tapak web dan pangkalan data di internet sekitar tahun 1996. Kejayaan ini sedikit sebanyak telah didorong oleh peguam, orang bisnes dan pengurus syarikat yang sedia membayar untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

    Salah satu proses yang harus dilaksanakan dalam pengurusan perpustakaan digital adalah pendigitasian yang merupakan suatu metodologi untuk memperbanyakkan maklumat digital. Projek pendigitasian analog banyak dijalankan di perpustakaan yang besar di Amerika Syarikat, Great Britain dan Australia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa maklumat digital telah menarik perhatian dunia akademik dan penerbitan kerana wujudnya nilai-nilai tambahan yang istimewa pada maklumat digital yang tidak dimiliki oleh maklumat analog. Antaranya ialah, maklumat elektronik mudah dipindah dari disk ke disk dan dirangkaikan dari satu komputer ke komputer yang lain dan seterusnya ke internet untuk dikongsi bersama orang lain di beberapa tempat pada masa serentak tanpa perlu mengetahui kedudukan asal maklumat digitsl tersebut. Maklumat digital juga bersifat dinamik dan interaktif yang tidak membosankan seta memudahkan salinan dibuat tanpa perlu bimbang akan ancaman 'copyright'. Di samping itu, unsur yang paling penting bagi pihak penerbit ialah bahawa penerbitan elektronik bukan sahaja lebih menjimatkan kos pengeluaran, tetapi juga meningkatkan pengaksesan maklumat. Namun begitu, sehingga kini hanya 1% daripada maklumat analog yang terdiri daripada buku-buku, jurnal-jurnal cetakan, mikrofilem-mikrofilem, manuskrip-manuskrip, laporan-laporan dan tesis-tesis di perpustakaan, muzium dan arkib di sepelosok dunia telah berjaya didigitasikan. Ini adalah disebabkan kerja-kerja pendigitasian yang menggunakan Optical Character Recognition(OCR) terlalu berintensifkan tenaga; lebih-lebih lagi dalam proses pembetulan kesilapan maklumat yang ditukarkan daripada bahan cetakan yang juga mengambil masa yang panjang. Selain itu, projek-projek pendigitasian masih bergantung kepada bantuan kewangan daripada syarikat tertentu dan menyebabkan komitmen kewangan perpustakaan amat sukar memandangkan krisis ekonomi yang sedang dialami oleh kebanyakan negara sekarang. Tambahan lagi, memang sukar untuk mendapatkan kebenaran daripada penerbit-penerbit yang memegang hakcipta ke atas korpus bahan ilmiah dan rujukan yang penting. Kadang-kala harga yang ditawarkan oleh pemegang hakcipta itu adalah jauh lebih tinggi daripada harga kos untuk projek  pendigitasian bahan itu. Maka semua ini tentunya akan menyukarkan lagi projek tersebut.

    Bagi menrealisasikan pengaksesan dan perkongsian maklumat sejagat perpustakaan digital, sifat 'on-line information system' dan 'on-line searching' hendaklah dipraktikkan sepenuhnya. Ini adalah kerana perpustakaan digital merupakan ' repository of executable documents that scattered all over the network' atau berasaskan 'distributed computing and yet incorporating a wide range of information and data'. Maklumat-maklumat di perpustakaan digital secara automatiknya diberi nilai 'searchability' khususnya setelah dikaitkan dengan kemudahan 'hyperlinks' dan HTML iaitu suatu 'new electronic culture of instantaneous data transmision'. Antara projek yang telah direalisasikan ialah 'Multimedia Library Linked Project' di State Library of New South Wales dan University of Western Sydney(Australia) pada 1991 yang telah membuktikan bahawa maklumat yang diambil dengan kamera video boleh dihantar melalui ' Intergrated  Services Digital Network(ISDN)' kepada komputer di tempat lain. Yang mengkagumkan ialah warna imej itu adalah sama terang dengan yang asal. Ini telah membuktikan bahawa walau apapun bentuk maklumat itu, ia boleh dihantar ke mana-mana sahaja dengan mudah selagi adanya hubungan media telekomunikasi iaitu talian telefon, rangkaian LAN, rangkaian WAN dan juga Internet.

    Lantaran itu, semakin banyak perpustakaan konvensional berubah menjadi perpustakaan digital yang berasakan kemudahan Internet seperti ftp, Gopher dan www. Perkembangan itu juga sedikit sebanyak disebabkan oleh tumpuan perpustakaan yang dahulunya menitikberatkan perkembangan koleksi perpustakaan, kini beralih kepada melayani klien. Tren ini telah secara tidak langsungnya didahului oleh penerbit elektronik dari segi menjadikan pencarian maklumat sebegitu ramah pengguna dengan mengutarakan 'building pre-selected paths into their products' di samping memanfaatkan teknik-teknik 'hyperlinks', jalinan tema(thematic links), pengkategorian perkara(subject categorization) dan membuat pencarian berdasarkan 'relevancy and ranking'. Maklumat yang dicari pada masa dahulu itu telah distruturkan secara definisi, sejarah, dan geografi, secara berasingan akan digabungkan untuk memudahkan motif pencarian seseorang pengguna itu. Maka, pengguna tidak perlu lagi mencari definisi bahan pencariannya untuk mengetahui konsep tentang sesuatu topik kerana kini para penerbit telah pun 'supply the connections that users can easily furnish themselves'. Hasilnya, pengguna boleh menjelajah ke mana-mana sahaja asalkan adanya jaringan Internet di samping membolehkan perpustakaan-perpustakaan menerokai kerjasama dan perkongsian bahan dan maklumat. Usaha ini telah dimulakan oleh James Billington yang menjadi perpustakawan Library of Congress yang ke-13 pada tahun 1998 yang ingin menjadikan Library of Congress sebuah perpustakaan digital yang lebih mudah diakses oleh sarjana dan penyelidik seluruh dunia. Ini adalah jelas bahawa tarikan kita kepada komunikasi yang berasakan Internet adalah kerana sifatnya yang istimewa berbanding dengan media komunikasi yang lain dan jelas digambarkan oleh petikan di bawah :

"It is not just merely one-to-one as in conversion, writing a letter or having a telephone conversatoin. It is not just a pre-defined schedule of broadcast or publications-the form one-to-many model. But it is a combination of one-to-one and one-to-many, many-to-one and many-to-many. It is a new combination of posibilities."
    Perpustakaan digital juga boleh dipandang sebagai lanjutan daripada proses pengautomasian perpustakaan daripada perspektif  penyebaran maklumat sejagat, maka Internet telah pun dipilih sebagai prsarana asas perpustakaan digital. Ini adalah kerana Internet merupakan topologi rangkaian yang mempunyai sifat 'distributed network environment' yang telah membawa kita lebih dekat kepada negara-negara lain. Internet juga mempunyai sifat uniknya yang tidak berkelim atau 'seamless' selain mempunyai kapasiti yang boleh dikembangkan untuk menjamin kejayaan operasinya bagi tempoh masa yang panjang. Ia juga mempunyai teknologi mampatan atau 'compression technology' dan 'storage media that can relieve network trafic' disamping menyediakan kelajuan jaringan dan 'bandwidth' untuk menyokong pengaksesan penerbitan pangkalan data elektronik yang besar saiznya. Di samping itu, Internet juga merupakan teknologi akses berangkaian (networked access technology) dan juga digunakan untuk tujuan telekomunikasi, berinteraksi dan manupulasi serta berpotensi untuk dikembangkan menjadi 'one stop shopping' untuk mendapatkan maklumat digital dari seluruh dunia. Dr. Ding juga mengatakan di alam notanya bahawa "Since the emergence of the Internet, libraries are no longer the only source of information but one of the many resources". Namun demikian, cabaran terhadap kehebatan teknologi Internet mula terdampak dengan siapa dan bagaimana mengurusdan menyelenggarakan bahan-bahan di Internet iaitu bagaimana memastikan setiap nod mempunyai 'link' dan mengenalpasti serta membaiki 'broken links'. Kini, terdapat dua perisian yang digunakan, iaitu MOMspider(Multi-Owner Maintenance Spider) dan Web:Lookout yang berfungsi untuk memaklumkan masalah seperti 'broken links', 'moved documents', 'modified documents' dan 'objects with expiration dates'. Selain masalah pengurusan, masalah pengorganisasian juga dikhuatiri. Maklumat yang semakin banyak dan berselerak itu akan menjadi sukar diakses sekiranya maklumat itu tidak dikawal, diindeks dan dikatalogkan. Justeru itu, lebih masa harus diperuntukkan untuk proses pengkatalogan maklumat sementara (transitory materials) di perpustakaan digital.

    On-line Public Access Catalogue(OPAC) lahir di Amerika Syarikat pada tahun 1981/82. OPAC dipandang sebagai perubahan (conversion) rekod katalog dan telah merintis jalan baru ke arah penyebaran maklumat sejagat. Peralihan ini bukan sahaja merupakan satu lagi ujian ke atas reka bentuk katalog perpustakaan bahkan juga menghasilkan rekod bibliografi perpustakaan yang boleh diakses oleh semua orang serentak di beberapa tempat tidak kira masa dan jaraknya seterusnya mendorong kepada kewujudan perpustakaan digital. Usaha membangunkan OPAC di Internet merupakan satu langkah tambahan ke arah pembangunan perpustakaan digital yang cuba menggunakan Internet sebagai asas prasarana. Ini akan membolehkan OPAC sebuah perpustakaan dirangkaikan dengan OPAC perpustakaan yang lain supaya perpustakaan-perpustakaan boleh saling mengakses maklumat, membuat penerokaan dan mengeksploitasikan maklumat digital yang tersebar di Internet. Selain itu, Internet juga telah menjadi media komunikasi yang terbaik, popular dan mempunyai sifat yang ramah dan intuitif serta mempunyai antaramuka yang menarik bersama-sama 'browsers' dan 'hyperlinks' yang mengkagumkan. Pada masa sekarang, banyak maklumat di Internet boleh didapati tanpa bayaran dan tanpa kata laluan yang tertentu. Objektif OPAC dalam pembangunan dan penjagaan rekod bibliografi koleksi bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan dalam menambah rekod baru, membuat kawalan autoriti (authority control), menambah maklumat yang baru kepada rekod yang lama, mengeluarkan rekod daripada katalog serta mengenalpasti dan membetulkan kesilapan. Proses-prosesnya adalah seperti berikut :
 
(I)        Information (cataloguer)
(II)       Encoding (Bibliographic Description)
(III)      Channel (Card)
(IV)      Decoding (Term match)
(V)       Receiver (User)

Matlamat akhir OPAC pula tidak lain daripada mewujudkan rekod yang boleh diakses dengan lebih mudah dan cepat. Setelah dikomputerasikan, kini kita hanya perlu menggunakan keyboard, mouse, dan monitor untuk mencari maklumat dan bukan melalui kad katalog seperti dahulu. OPAC di Internet juga membolehkan kita mencari rekod bibliografi daripada perpustakaan lain di seluruh dunia. Namun, demi memanfaatkan OPAC ini, pengguna sendiri, perlu mengetahui teknik pencarian yang sesuai selain menyesuaikan diri dengan keadaan dari masa ke masa. Ini adalah kerana di OPAC 'documents are either retrieved or rejected' dan tiada tolak ansur dalam pencarian Boolean dan dokumen tidak boleh disetarafkan (ranked) mengikut keutamaan atau kesesuaian. Kelemahan-kelemahan itu menimbulkan dua masalah besar iaitu 'information overload' di satu pihak dan juga tiada 'hit' pada pihak yang lain. Dengan itu, metod pencarian ini perlu diperbaiki untuk menebus kekecewaan pengguna. Antara jalan keluar yang paling praktikal ialah dengan membangunkan satu antaramuka yang mesra pengguna.

    Kapasiti Internet diharap dapat dipertingkatkan agar ia berupaya dimanfaatkan oleh berjuta-juta orang serentak. Adakah perkembangan merupakan peluang atau ancaman kepada industri maklumat,  perpustakaan dan muzium? Adakah perpustakaan tradisional sudah kehilangan tempatnya, maka akan pupus atau menjadi mangsa penerbitan elektronik, lebih-lebih lagi lebuhraya maklumat? Jawapannya ialah 'if we are effectively preserve for future generation the portion of this rapidly expanding corpus of information in digital form that represents our cultural record, we need to understand the costs of doing so. We need to commit ourselves tecnically, legally, economically and organisationally to the full dimension of the task... digital media can be fragile and can have limited shell live'. Pendek kata, cumalah utopia untuk mengatakan perpustakaan digital membolehkan pengaksesan dan perkongsian maklumat sejagat kerana masih terdapat banyak perkara yang perlu diberi perhatian sebelum perpustakaan digital boleh dijadikan suatu realiti. Hanya mereka yang sanggup membayar yuran(pay-per-view or use) dapat mengakses maklumat digital nanti sedangkan golongan berpendapatan rendah yang selama ini menjadi pengikut setia perpustakaan tradisional akan ketinggalan dalam perkembangan ini.

Bahan rujukan :
1.  Bush, Vanever 'As we may think' Atlintik Monthly 176:1 (1945): 101-108
2.  L. Canfora. The vanished library: a wonder of the acient world. Translated by Martin Ryle
     Berkeley: University of California Press, 1990
3.  Cummings, J et al 'University libraries and scholarly communications: a study prepared for the
     Andrew W. Mellon Foundation, Washington, DC.' Association of Research Libraries,
     (November1992)
4.  Dr. Ding Choo Ming. Perpustakaan Digital Visi Baru Perkongsian Maklumat (Nota 1)
5.  Dr. Ding Choo Ming. Keistimewaan Makluumat digital (Nota 2)
6.  Dr. Ding Choo Ming. Lahirnya Perpustakaan Digital (Nota 3)
7.  Dr. Ding Choo Ming. OPAC Mengubah Pandangan Tentang Pengaksesan Maklumat
     (Nota 4)
8.  Dr. Ding Choo Ming. Penerbitan Elektronik, Internet dan Perpustakaan Digital (Nota 7)
9.  Lesk, Michael. Practical Digital Libraries. San francisco: Morgan Kaufmann, 1977.
10.Valaukas, Edward J. 'Libraries as Multimedia machines: the imposibility of digital collections.'
     Resource Sharing & Information Networks 10 (1995): 131-139
11.Van Groenendaal, Willem J. H. 'A user's view on the electronic library.' Library
     Acquisitions practice & theory 21:3 (1997): 337-345
12.White, Herebt S. 'Interlibrary loan: an old idea in a new setting' In librarians and the
     Awakening from Innocence: a collection of papers. Boston: G.K. Hall,1989.